Top

Bagi Najib Masa

June 30, 2010 Email This Post Email This Post Print This Post Print This Post Post a comment

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang serta ruang secukupnya bagi menyelesaikan segala masalah tertangguh dalam hubungan dua hala Malaysia dan Singapura dalam membawa manfaat  kepada negara untuk tempoh jangka masa panjang.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib sudah pasti mempunyai kebijaksanaan dalam membuat rundingan dengan Singapura yang selama ini, gagal dilakukan pemimpin terdahulu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenapa perlu beri tekanan kepada Perdana Menteri, saya yakin beliau tahu apa yang dilakukan dan ia dibuktikan dengan kenyataan segera bahawa kerajaan akan mengkaji pembinaan jambatan sebaik mendapat titah Sultan Johor, Sabtu lalu.

Pembinaan jambatan bukannya satu keperluan mendesak memandangkan kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan dan perlu mengutamakan perbelanjaan yang memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, kerajaan mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan masalah trafik di Tambak Johor dengan mengumumkan penurunan kadar tol sebanyak 30 peratus di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Saya secara peribadi merasa hairan mengapa Tun Dr Mahathir begitu beria-ia mahukan jambatan berkenaan, selama lebih 80 tahun, Tambak Johor tidak mendatangkan sebarang masalah kepada rakyat Johor

Beliau sebagai pemimpin dari Utara tanah air sendiri, gagal menyelesaikan masalah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Thailand, sebagai contoh konflik Selatan Thailand dan sudah pasti Tun tidak gagal menyelami sentiment sebenar rakyat Johor berhubung isu Tambak Johor ini.

Bagi saya, semua pihak patut memberikan peluang kepada Perdana Menteri dalam menyelesaikan terlebih dulu Perjanjian Capai Persetujuan (POA) yang gagal diselesaikan sejak 20 tahun lalu.

Sekarang, Perdana Menteri dalam proses menyelesaikan semua isu dalam POA dan kita perlu memberikan sokongan padu kepada beliau bagi memastikan hubungan lebih erat dapat terjalin antara Malaysia dan Singapura, demi manfaat generasi akan datang.

Jika semua masalah tertunggak dalam hubungan dua hala Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan, sudah pasti pembangunan Iskandar Malaysia akan mendapat pelaburan asing lebih besar dari Singapura.

Comments

Got something to say?

You must be logged in to post a comment.

Bottom