Top

JB perlu pelan perumahan komprehensif

November 6, 2012 Email This Post Email This Post Print This Post Print This Post Post a comment

Rencana ini dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia, 5 November 2012

JOHOR BAHRU 4 Nov. – Bandar raya ini memerlukan satu pelan perumahan komprehensif bagi memastikan taman-taman perumahan bebas daripada kebanjiran pekerja asing yang sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan masyarakat setempat.

Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan wajar menyelesaikan masalah pekerja asing terbabit dengan menempatkan mereka di asrama bagi memudahkan pihak berkuasa memantau kegiatan mereka.

Menurutnya, apa yang berlaku sekarang ramai pekerja asing ditempatkan di taman-taman perumahan yang disewakan oleh majikan dengan membawa budaya dan cara hidup mereka.

“Keadaan ini tidak disenangi oleh masyarakat setempat kerana kehadiran mereka sedikit sebanyak telah mengganggu dan menimbulkan masalah termasuk soal kebersihan serta impak sosial yang kurang menyenangkan.

“Dalam tinjauan yang dilakukan, kehadiran pekerja asing ini menyebabkan ada segelintir kedai runcit menjual ayam dan ikan hidup di luar premis bagi memenuhi keperluan pekerja asing terbabit. Keadaan ini dikhuatiri boleh menimbulkan wabak penyakit dan menjejaskan kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Cuci JB peringkat Parlimen Pulai, di Taman Sri Bahagia, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, sudah sampai masanya kerajaan menyediakan satu perumahan khusus untuk mengatasi kebanjiran pekerja asing yang sedikit sebanyak menjejaskan imej bandar raya yang merupakan sebahagian daripada wilayah Iskandar Malaysia.

Nur Jazlan berkata, cara tersebut akan memudahkan pihak polis dan Imigresen memantau aktiviti golongan berkenaan terutamanya jika membabitkan kegiatan jenayah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121105/wj_04/JB-perlu-pelan-perumahan-komprehensif#ixzz2BP4LkmR0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

Got something to say?

You must be logged in to post a comment.

Bottom